Polisi Privasi NASTY™
Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana NASTY™, satu jenama https://nastyworldwide.com/my, menggunakan maklumat peribadi anda yang anda telah berikan kepada NASTY™semasa berinteraksi dengan NASTY™atau dengan menggunakan perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web NASTY™ https://nastyworldwide.com/my (“Laman Web”). Berhubung dengan ini, anda akan bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat, tidak mengelirukan, lengkap dan dikemaskini kepada NASTY™ dan bersetuju terhadap pemprosesan maklumat-maklumat ini oleh NASTY™ di Malaysia dan di luar Malaysia.
Sekiranya terdapat apa-apa konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. NASTY™ berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda ter-ma-terma Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Polisi Privasi yang telah dikemaskini pada Laman Web tersebut. Dengan terus berinteraksi dengan NASTY™ atau dengan terus menggunakan perkhidmatan NASTY™ berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepa-da Polisi Privasi ini ia hendaklah menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, penge-maskinian atau pindaan tersebut.
“Maklumat Peribadi” merujuk kepada data peribadi yang anda telah berikan kepada NASTY™ dan apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti anda.
“Pemprosesan” merujuk kepada mengumpul, memegang, menyimpan, merekod, menyesuai, mengguna, mendedah atau membetul Maklumat Peribadi.
Apakah Maklumat Peribadi yang NASTY™ kumpul daripada anda?
NASTY™ mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda apabila anda berdaftar dengan NASTY™ , apabila anda memesan barangan atau perkhidmatan daripada NASTY™ atau menggunakan Laman Web seperti tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, No. K/P / Pasport , alamat emel dan butir-butir kaedah pembayaran anda. NASTY™ juga mengumpul Maklumat Peribadi apabila anda melengkapkan mana-mana kajian pelanggan.
Maklumat menggunakan Laman Web juga boleh dikumpul-kan menggunakan cookies.
Pemberian Maklumat Peribadi anda adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun jika anda tidak mem-berikan Maklumat Peribadi yang diperlukan, NASTY™ mungkin tidak boleh berkomunikasi dengan anda dan/atau memberikan anda perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta.
Cookies dan Analisis Google
Cookies adalah fail teks kecil yang diletakkan pada komputer anda melalui laman-laman web yang anda layari. Ianya digunakan secara meluas untuk membuat laman-laman web ini beroperasi, atau berjalan dengan lebih lancar, dan juga untuk membekalkan maklumat kepada pemilik-pemilik laman web tersebut.
Laman Web ini menggunakan Analisis Google, suatu perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. (“Google”). Google Analisis menggunakan “cookies”, yang merupakan fail-fail teks yang disimpan pada komputer anda, untuk membantu Laman Web tersebut untuk menganalisa bagaimana an-da menggunakan laman tersebut.
Maklumat yang dijanakan oleh cookie tentang bagaimana anda menggunakan Laman Web tersebut akan dihantar kepada dan disimpan oleh Google pada pelayan-pelayan di Amerika Syarikat.
Jika Laman Web ini membuang butir-butir pengenalan (anonymizes) daripada alamat-alamat IP, alamat IP anda akan dipangkas oleh Google di kalangan negara ahli EU atau negara EEA yang lain sebelum dhantar ke US. Hanya dalam keadaan-keadaan terkecuali sahaja barulah alamat IP penuh anda akan dihantar ke Amerika Syarikat dan dipangkas di sana.
Google akan menggunakan maklumat ini bagi tujuan menilai penggunaan Laman Web tersebut oleh anda, menyusun laporan berkenaan dengan aktiviti Laman Web untuk pengoperasi-pengoperasi Laman Web dan memberikan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti Laman Web dan penggunaan internet.
Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan mana-mana data lain yang dipegang oleh Google.
Anda boleh enggan menggunakan cookies dengan memilih tetapan-tetapan yang sesuai pada pelayar an-da, walaubagaimanapun sila ambil perhatian bahawa jika anda berbuat demikian anda mungkin tidak boleh menggunakan fungsi Laman Web ini dengan sepenuhnya. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju terhadap pemprosesan Maklumat Peribadi tentang diri anda oleh Google dalam cara dan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
Anda juga boleh menghalang Google daripada mengumpul Maklumat Peribadi (termasuk alamat IP anda) melalui cookies dan memproses Maklumat Peribadi ini dengan memuat turun penyumbat pelayar (browser plugin) ini dan memasangnya: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.
Kebanyakan pelayar-pelayar laman membenarkan sedikit kawalan ke atas kebanyakan cookies melalui tetapan-tetapan pelayar. Untuk mengetahui lebih banyak tentang cookies, termasuk bagaimana untuk melihat cookies apa yang telah ditetapkan dan bagaimana untuk menguruskan dan memadamkannya, layari www.allaboutcookies.org.
Bagaimanakah NASTY™ menggunakan Maklumat Peribadi yang dikumpulkan daripada anda?
Maklumat Peribadi yang dikumpulkan oleh NASTY™ digunakan untuk memproses pesanan anda dan untuk menguruskan akaun anda. NASTY™ juga boleh menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menghantar emel kepada anda tentang produk atau perkhidmatan lain yang dianggapkan oleh NASTY™ mungkin anda berminat dan untuk mematuhi obligasi-obligasinya di bawah undang-undang yang terpakai, jika perlu.
Pemindahan dan pendedahan Maklumat Peribadi
Oleh kerana kemudahan-kemudahan penyimpanan dan pelayan NASTY™ mungkin terletak dalam bi-dang kuasa lain, Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan, diguna dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia.
Dari semasa ke semasa NASTY™ boleh menghantar Maklumat Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang dianggap oleh NASTY™ mungkin mempunyai barangan dan pekhidmatan yang anda berminat. Dalam memproses pesanan anda, NASTY™ boleh menghantar Maklumat Peribadi kepada agensi-agensi rujukan kredit dan pencegahan frod jika dibenarkan, di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda tidak ingin dihubungi oleh pihak-pihak ketiga sila emel kepada Pegawai-pegawai Pematuhan Data NASTY™ di info@nastyworldwide.com
Akses kepada Maklumat Peribadi anda dan permintaan pembetulan
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda berhak untuk meminta sesalinan Maklumat Peribadi dan membetulkan Maklumat Peribadi yang dipegang oleh NASTY™ berkenaan dengan anda pada bila-bila masa. Sila emel kepada Pegawai Pematuhan Data NASTY™ jika anda ingin menerima sesalinan maklumat ini, untuk mengemukakan satu permintaan pembetu-lan Maklumat Peribadi atau jika anda ingin mendapatkan maklumat selanjutnya berkenaan dengan Polisi Privasi ini – info@nastyworldwide.com . Sedikit jumlah akan dikenakan untuk memproses permintaan akses Maklumat Peribadi ini.
Penyimpanan Maklumat Peribadi anda
NASTY™ akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selama tempoh masa yang diperlukan untuk me-menuhi tujuan-tujuan yang tersebut di atas dan sehingga anda memadamkan akaun NASTY™ anda.
Laman-Laman Web lain
Laman web kami mungkin mempunyai pautan dengan laman-laman web yang lain. Polisi Privasi ini hanya terpakai kepada Laman Web ini. Oleh yang demikian anda patut membaca polisi-polisi privasi laman-laman web yang lain semasa anda menggunakan laman-laman web itu.