FOR IMMEDIATE RELEASE
4th AUGUST 2022

BANTU RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERHENTI MEROKOK.

SERDANG- Electronic Nicotine Delivery System (ENDS) NASTY Worldwide Sdn. Bhd. menjadi yang pertama dalam industrinya dijemput untuk menyertai acara tahunan Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) tahun ini.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Shariffuddin Bujang, NASTY berasa rendah hati dan berbesar hati dengan jemputan ini. “Ia adalah platform yang berharga untuk membolehkan kami menyampaikan potensi dalam membantu rakyat Malaysia meninggalkan tabiat merokok mereka.”

“Pada masa ini terdapat 4.6 juta perokok di Malaysia. Keupayaan MAHA untuk menarik lebih sejuta pelawat sepanjang acara itu sangat membantu kami untuk mendekati dan terlibat secara langsung dengan bukan sahaja perokok itu sendiri tetapi rakan atau ahli keluarga mereka yang merokok”.

“Terdapat banyak penyelidikan di seluruh dunia yang mencadangkan ENDS sangat berkesan dalam membantu menghentikan perokok daripada tembakau dengan menggunakan kaedah pendekatan pengurangan bahayanya tembakau,” tambah Shariffuddin. “Dan kerana ini, terdapat permintaan yang sangat baik dan sekaligus memiliki potensi ekonomi yang besar untuk peruncit dan usahawan tempatan.”

Dianggarkan industri ENDS atau vape di Malaysia bernilai hampir RM2.7 billion pada 2021, menguasai 42% bahagian pasaran tembakau.

“Kos dan bahayanya merokok telah didokumenkan dengan baik, justeru kami menghargai peluang yang diberikan kepada kami di MAHA untuk membantu kerajaan menanganinya,” kata Shariffuddin

Pengunjung yang bakal menghadiri MAHA 2022 di MAEPS Serdang dari 4 – 14 Ogos 2022 ini akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian ENDS untuk berhenti merokok dengan mengambil bahagian dalam kempen END NOW.

###